Monday, May 28

Pesta Lawas 2012

Assalamualaikum and hello. :)

Ambik kesempatan update blog kejap boleh? ♥  Tau la blog saya dah macam chipsmore sekarang nih. Kejap timbul, kadang tenggelam. Yess, last week im shooo busy gila. Tido pun dah tak cukup. Badan sakit-sakit. Tulang belakang pun dah ada rasa sengal. Tapi makan cukup, so dont be worry, tuan punya blog ni gerenti sihat mihat okayy. ;)

My previous entry told you that Pesta Lawas akan berlangsung pada 25-27 Mei minggu lepas. Saya sebagai anak jati Lawas takkan pernah ketinggalan untuk turut memeriahkan suasana. Ceeewahh. :D Walaupun saya kerja full-shift last week, saya tak lupa untuk curi tulang okay. HAHA.


Cam-whore di tempat kerja adalah hobi wajib. Boleh teka saya kerja kat mana? Bukan kerja office pon. Mula-mula kerja dulu saya asyik pulang rumah pukul 5.  Tapi sekarang memandangkan saya anak harapan tauke, kenalah ambik shift sampai malam ye dokk. Okay perasan, itu adalah paksaan semata-mata. :D Hari tu guna baju Hotlink sebab jadi promoter yang tak bertauliah. Sebab pujuk orang guna Hotlink tapi saya tak guna ponn. Saya setia pada Celcom dan DiGi. Kahkahkah.


Reflection of us konon kan. Singgah kfc kejap tumpang rasa sejuk aircond serta pinjam cermin depan tandas. Muahaha.


Penat berjalan keliling kota, tapi tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. Kang acting lebih orang kata bajet pelancong pula kan. Malas la nak ambik gambar, sebab tak penting mana pon. Cukup lah sekadar mata melihat, memori mengingat. :)

Semalam saya pergi Kota Kinabalu untuk temuduga MEdSi. Temuduga pada pukul 2 petang, luckily pada jam 2.45 petang, saya dah siap ditemuduga. Alangkah indahnya bila dapat nama mula huruf D, selalu dapat turn awal. Thanks ayah mama bagi nama tu. Kihkih. :') Masa dalam kereta, saya ada pesan kat mak.

"Mak, lepas interview nanti kita terus pulang rumah tau. Nak g tengok konsert nih. Ada Hafiz pula tuh.( ayat saje buat mak hancur lebur dengar nama Hafiz)"

"Ahah.betul juga. Mak pon nak pegi lah. ^___^"

Successful. ♥  :) Tapi sedar tak sedar, jam 5 petang baru gerak dari Putatan Sabah. Sampai rumah pukul 7.30 malam. Pada masa itu, saya tido sepanjang perjalanan. Lenguh sendi-sendi Mak Tam aihh.



Dalam keadaan tak mandi, saya tukar baju terus bergegas ke tapak berlangsungnya konsert. Perasan tak ayat saya sungguh skema? (uhh ayaaaatt -________-)




Hos pada malam tu Didi Alias dan Saiful Apek. Fuhhhhh hebat, gelak jugak warga Lawas dibuatnyaaa. :) Thanks a lot kepada artis yang sudi datang konsert Gegar Olimpik 2012 Pesta Lawas. Antaranya adalah Hafiz, Daus, Alif, Bunkface, Haziq, Bob Mesra, Jimmy Palikat, Jennifer Jane dan entah saya dah lupa.
 

Saya tak sempat nak ambik gambar artis lain, enjoy sangat melalak tak ingat dunia dikhalayak ramai kan. Orang sekeliling pon buat-buat tak kenal. Hahaha.

Btw Pesta Lawas tahun ni sangat awesome, tapi malangnya saya takde masa untuk bersama kawan saya yang lain. :( 

Apa-apa pun, thanks for reading yeaaaaaaa

Monday, May 21

Rindu pada blog

Assalamualaikum and hello. :)

Seriously, nak sangat publish entri hari ni. Bukak dashboard, banyak gila blogger post yang saya ketinggalan. Pity me. Walaupun wordless wednesday adalah merupakan entri paling simple, tapi itu pon saya malas nak publish. Okay itu adalah malas yang melampau. Huahuahua. Minah sorang ni, uhmm malas tahap babun, rasanya saya lagi teruk dari babun T_T Oh okay, saya bukan babun. Harap maklum.

Currently, saya sedang busy carik rezeki. Well nak bagi nafkah hidup untuk anak-anak. Wkwkwkw. :D  Gaji taklaa besar mana, eh saya baru kerja dua minggu dah fikir pasal gaji. $_$ Wuwuu, rindu sangat kat blog, comments in my previous entry pon belum reply lagi. Sori ye awak awak. :)

Ini lah anak buah saya tuu. Ahakss. Mak muda lagiii leeeerr. :D


Oh btw, minggu depan ada event besar kat daerah saya. Saja masukkan dalam entri nak ajak visitors datang sini untuk turut memeriahkan lagi suasana. Ewah ewahhh!


Pesta Lawas ni akan diadakan 4 tahun sekali dalam takwim daerah saya (tu pun kalau saya tak silap o_0). Dah lama saya tak pergi Pesta Lawas. Sebab study negeri lain kan. Mana sanggup g balik umah sebab nak g Pesta Lawas je. Ongkosnya perlu banyak dong. Ayah tak bagi kalau reason cuma untuk enjoy sana sini. T_T

Mari datang beramai-ramai. Eh tempat tinggal kena cari sendiri. Sebab orang Lawas yang dok kampung pun busy booked hotel semata-mata nak datang Lawas Carnival nih. Semua hotel pun fully-booked. Even ada yang carik rumah sewa. Tapi sekarang gerenti dah takde kan. Sebab tak lama lagi event tu nak start. Hihi. Kalau nak sangat, tido dalam kereta je okay?

Oh btw, on 27th May im going to Kota Kinabalu for an interview. Saya nervous nak pegi interview nih. Sebab... ah nebes la, semua pernah rasa kot. ;) Do pray for me yahh.


Ada sesiapa antara readers study kat UMS tak? Kang boleh tunjukkan Dayg mana tempat temuduga tu supaya saya tak sesat nanti. ;D Hikhikss.

Assalamualaikum. Thanks for reading this entry. :)



Wednesday, May 9

Selepas tujuh hari.

Assalamualaikum and hello. :)

Bersyukur sangat hari ni. Tahap kerajinan untuk on lappy dah up sikit. Tetibe pulak tertaip di sini. Hahh, kan dah update blog. Saya tahu ada orang rindu kat iteww. Kalau hari lain, satu hari tak sentuh lappy pon takpe. Tiada kesan di jiwa, kerana henfon jugak ada sehh!

Ramai orang tanya,

"Kau kerja mana?"
"Kakak kerja apa?"
"Mana bah tempat ko kerja ni?"

Okay finee. Saya takmo jawab. Biarlah ia bermain di minda. Tertanya-tanya. Kalau tahu tu okay lah kan. Sila jumpa saya pada bila-bila masa. :P Saya kerja tak penat mana pon. Okay itu statement tipu. Takde kerja yang tak penat. Non-hadoo. Muka yang berseri-seri pada awal pagi akan nampak kusam setelah sampai rumah. Itu semua saya tak kisah pon, yang penting pukul 5 petang dah boleh pulang rumah. Hihi. 

Lepas tu kan, awak kan kan kan. *dengan muka comel* Dah mula kerja ni kan *buat muka yang terlebih comel*, ramai pulak manusia yang salah orang.

" Aik apesal kau kat sini pulak? Kedai kat situ ramai orang woo! "
" Eh napa tak kerja kat situ lagi yang? "
" Haaaiiiii! " (sambil buat muka macam dah lama kenal)

Dengan slumber saya menjawab,

"Eh itu kembar saya laaa. "
(serta senyum sinis dalam hati) 

Baru je lima hari dok umah lepas habis study, tetibe mood nak kerja pulak. Apa kes? Mak dah bagi greenlight, nak tunggu apa lagi kan. :D Niat nak ambik lesen pulak yang tertunggak. Hadoiii. =.= Then lepas balik kerja berjoli dengan besties. Mak kat umah pulak membebel anak dara lambat pulang rumah.


"Eya buu, anak mu ini cuma kuar ama gegurl doang. Usah dikhuatirin yaaa. InsyaAllah selamat bu"

Okay tudung pink tu, driver tetap saya sepanjang masa. :P Adik belum ada lesen la akak oii.

 Alhamdulillah saya dah update blog. Hihi. Till then, kirim salam kepada sesiapa yang baca entri ini yeee. Jangan tak jawab pulak. :) Thanks for reading yaa!

p/s: tak tahu nak letak title ape. Actually, "Selepas tujuh hari" maksud dia, dah seminggu  tak update blog. -.-"

Assalamualaikum.
 

Wednesday, May 2

Kepada si pencuri sepatu cinderella saya. ♥


Sudah tiga tahun kami menyimpul kata cinta. 
Tiga tahun juga kongsi cerita.
Dia kononnya papa, saya pula mama.
Eh perasan sungguh sudah berkeluarga. :D

Saja sekadar penyeri panggilan manja.
Tak apa, kalau itu buat kami bahagia.
Kami punya cita untuk hidup berdua.

Saya tahu, mungkin kami tidak akan bersama.
Jika Allah tulis sebaliknya,
mungkin itu yang terbaik buat hambaNya.

Tapi sekurangnya kami cuba.
Berdoa mohonlah kepada Tuhan yang Esa.
InsyaAllah Dia memberi kepada kita yang meminta.
Agar dia yang curi sepatu cinderella saya.


Hati perempuan saya macam kaca.
Kalau tak kilat, dia tolong gilapkannya.
Kalau calar, mohon dia datang perelokkan ia.
Kalau retak, fix it omputih kata.
Kalau pecah, buanglah ia seeloknya.
Saya bimbang, boleh melukakan yang lainnya.

Susahnya menjaga kaca berjiwa manusia.
Tersentuh sikit, berdegup jantung di dada.

Tapi saya mohon kepada Yang Maha Pencipta
Biarlah pencuri hati saya yang berhati-hati orangnya.
Yang boleh jaga saya setiap masa.
Yang tak akan tergoda dengan kaca di luar sana.
Yang ingat saya walau kemana jua.
InsyaAllah perhatian itu untuk saya sepenuhnya.

Amin ya Rabb.  


Assalamualaikum :)


Wordless Wednesday #18 | Bahagia bukan pada wang

 Assalamualaikum and hello. :)


source : GilerKentang